Showing posts with label personal fav. Show all posts
Showing posts with label personal fav. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

Ayda Jebat in Action - AJ Pinbusters 2014




Salam blogger,

Dah lama tak menulis apa2 n kali nie saya nak share sedikit video di AJ Pinbuster (main bowling) dgn Ayda Jebat, anjuran AJScreamer pada 28.11.2014 di Selayang Mall, KL. Tgok la gelagat Ayda Jebat yang memang tak reti duduk diam.. haha... Saya happy sangat join event nie... 


P/S: Sapa tak suka apa yang saya suka, saya tak paksa untuk tengok ye....




Friday, June 15, 2012

AMeeRA

Salam Blogger,

Dah lama x menaip... ahahahaha....Sbbnya confirm la MALAS..... Sy sgt berterus terang, ok.... hehehehe... Slps Cinta BUat Emelda skrg AMEERA menjadi kegilaan sy... hehehe... Sbbnya mesti la lakonan Rita Rudaini n Shamsul Yusof...




Sinopsis

AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera (Rita Rudaini) dan Ameer (Syamsul Yusuf) yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya (Jasmin Hamid) selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila (Zarina AF) muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju. Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung. Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?



Sinopsis sy copy jek dr www.kepalabergetar.net... hehehe... mls nak pikir sendiri... Lagu OST Ameera nie pun best gak... Cuba dengar lagu ost Andai ku Bercinta Lagi nyanyian kump MOJO.. Penyanyi nie namanya Aweera... Terbaeeekkkkkk la suara u bro.... ahahahaha.....

Walaupun sy sgt suka dgn cite nie tp percaya tak, sy TAK tgok pun masa cite nie tgh tyg kat tv...Sy akan baca dulu komen2 dlm FB n twitter & komen kwn2 kat opis kalau komen semuanya kata best xde part sedih2 sgt sy akan tgok kat TONTON kalau ada part2 yg x berapa suka nak tgok lg2 adegan yg ada Zila sy akan forward.. hehehehe.... Sy x sanggup nak tgok adegan2 yg menyakitkn hati AMEERA, kesian dia....huhuhu...


p/s :  I love AMEERA



Friday, May 4, 2012

CinTa Buat EMeLda (KasIH Antara KitA)

salam blogger,

Kali nie nak cite ttg kegilaan sy skrg.. Basicnya masih ttg novel tp di adaptasikan menjadi sebuah drama. Pertamanya sy meminati drama nie sbb ianya adaptasi dr sebuah novel kegemaran sy.. Pelakon2nya pun best2.. Walaupun sblm nie x berapa tgok sgt fizo omar n almy nadia. Tp bila tgok drama nie sy jatuh hati kat lakonan diaorg. Yg paling penting sbb happy ending... Sy suka gak cerita Tentang Dhia tp sbb lastnya sad ending, skali tu je la sy tgok.. hehehe....

Lagu2 dlm drama nie pun best2... Antara lagu2 yg sy suka ,Lagu Nera - Hatiku Milikmu, Firman - Kehilangan, Kangen Band - Kembali Pulang dan byk lg la... Ada lagu yg dah jd ringtone hp sy pun... hehehe... (fanatik...fanatik... hehehe)....

Novel Kasih Antara Kita, by Aleeya Aneesa



Drama Cinta Buat Emelda lakonan Fizo Omar, Almy NadiaMia Sara Nasuhah, Erry Putra dll. Sinopsis drama ini secara ringkas.

" Emelda dan Emira kembar yg berbeza personaliti. Emira melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Emelda belajar di dlm negara. Emira terlanjur dgn seorg lelaki, Aril Fatah n akhirnya Emira mengandung.Lps bersalin Emelda membawa Emira blk ke Malaysia bersama anaknya Dania Emira AlFatah. Namun, Emelda mengaku yg Dania adalah anaknya dan Emira meninggal dunia kerana penyakit barah. Selama 7 tahun Emelda menyimpan rahsia drp pengetahuan semua org termasuk ibu bapanya sehinggalah bertemu semula dgn Dr Aril Fatah. Akhirnya Emelda berkahwin dgn Aril apabila Dr muda itu mengetahui yg Dania adalah anaknya. Pelbagai onak, ranjau dan duri sebelum Emelda dpt mengecapi bahagia. Selama 7 tahun Emelda di cemuh, dicaci oleh masyarakat sekeliling, saudara mara dan termasuklah adiknya sendiri Emeriz. Berhadapan dgn Aril Fatah yg tetap pendirian, terburu-buru n panas baran (pndgn sy) membuatkan Emelda lebih terseksa. (sedih...sedih....)


Keluarga Dr Aril Fatah, Emelda n Dania






Setelah puas Emelda dan Aril Fatah melalui episod duka dlm hidup diaorg, akhirnya bahagia itu menjelma juga. Part happy ending dlm sesebuah drama, novel @ filem mmg sy suka, walaupun dlm kehidupan sbnr x semua kisah berakhir dgn cerita gembira. Tp bg sy, krn novel @ drama adalah hasil nukilan/imaginasi seorang penulis maka x slh kalau setiap endingnya gembira je... hehehe....  

Aril fatah: Cinta Buat Emelda,
              "sy ada 2 mata utk melihat, namun sy tak mampu utk memandang
               sy ada 2 tangan utk memegang, namun sy tak mampu utk mencapai
               sy ada 2 kaki utk berjalan, namun sy tak mampu utk melangkah
               tapi sy cuma ada 1 hati yg saya yakin sy mampu mencintai awak
               sehingga ke akhir hayat sy....." 



p/s: I luv U....



Friday, April 20, 2012

NOVeL : PesaNaN TeRakHiR SeOranG LelaKi

salam blogger...

Dah byk kali cuba utk tulis sst ttg Hobby sy... Cuba utk review bebrapa novel tp semuanya jd draft jek n kesudahannya sy delete draft2 tu.... hehehehe.... Kali ini sy mencuba lg n utk review kali pertama sy pilih antara novel yg paling lama ada dlm simpanan... Tahun 2001 sy beli novel nie... Ini adalah pendapat peribadi sy n mgkin org lain yg baca x sama dgn apa yg sy dpt n rasa.... :)


Novel: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

Penulis : Norhayati Berahim

Penerbit : CESB


Atiqah binti Datuk Marzuki selesa hidup di dalam kesederhanaan. Walaupun ayahnya mempunyai empayar perniagaan yg besar dia lebih selesa bekerja kat tempat lain, jd kerani jek. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayahnya lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pd mamanya yg setia. Mama yg menjadi tulang belakang kpd empayar yg dibina. Slpas ayahnya menceraikn mamanya, dan berkahwin lain, Atiqah lebih selesa menyewa rumah di tmpt lain. Atiqah menyewa rumah Hajah Mimah yg hanya mempunyai seorg anak lelaki, Nik Arif.  Pd awalnya, Nik Arif mmg x suka dgn Atiqah sbb katanya Atiqah x up to date, pakai tudung (Nik arif suka kwn serumah atiqah yg seksi n kuat bersolek),bwk kete buruk dll la Nik Arif kata (ye la, org x suka)... Tp dah tentu la lama2 jd suka tp kena la baca sendiri kalau nak tau cam mana Nik Arif bleh gila byg dgn Atiqah... hehehe.... 

Datuk Marzuki yg lupa diri juga akhirnya kembali ke pangkal jln dan cuba utk memujuk mama Atiqah yg membawa diri ke New Zealand kembali dlm hidupnya.  Akhir sekali, di hujung novel ini baru la sy mendapat jwpn kpd tajuk pesanan terakhir lelaki mana  dan utk siapa pesanan itu ditujukan... 


p/s: Sy sgt menyukai  novel ini sbb watak heroin (Atiqah) digmbrkn sbgai wanita yg baik, pandai, beragama, pandai masak ada prinsip diri & lain2 lg la sifat yg baik2.... Atiqah cool jek walaupun Nik Arif tu setengah mati syok kat dia... hihihihi....



Wednesday, November 16, 2011

FaVouRitE NoVeLIsT

Salam blogger....

Sejak2 blog aku nie berwajah baru semangat nak menulis berkobar2... hehehehehe.... Aku nak cite psl aku jumpa ngan novelist fav aku... Tp cite nie cite setahun yg lps... hahahahaha.... aku jumpa kat pameran buku di Danga City Mall JB... (sgt lmbt aku update dlm blog aku nie)... Nak tahu sapa dia??? Sape lg kalau bkn Norhayati Berahim (NB)...

Dah lama dah aku baca novel tulisan NB nie dr zaman aku sek menengah dulu....Novel tulisan NB di bawah label Syarikat NB Kara semua aku ada... Cuma yg dulu2 ada 2 @ 3 buah yg termis nak bli sbb dulu masa sekolah mana ada duit byk cam skrg.... (mcm la byk sgt duit skrg nie... hehehehe).... Sgt teruja dpt berjumpa dgn NB sbb dia sgt peramah....

Nak tgok gmbr dia dan saya??? hehehehe..... Jom lyn gambar.....





(NB dan anaknya, Teta... Teta berdarah campuran, suami NB org Turki)



P/s : Mak aku pun minat ngan Norhayati Berahim......